Makluman

Info Semasa

....

WADAH meminta Kerajaan Memperhalusi cadangan Biasiswa Nasional

by Portal WADAH Kelantan | 11:30 PG in |

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) meminta kerajaan memperhalusi cadangan Biasiswa Nasional yang bakal menyaksikan pengagihan biasaswa berdasarkan 100 peratus merit dan bukan lagi berasaskan kaum. Usaha mengkaji dan memperhalusi cadangan ini perlu bagi memastikan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan terus dipertahankan.

Wadah meminta kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap ketidakseimbangan yang wujud antara bandar dan luar bandar, antara Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak dan antara kelompok berpendapatan tinggi dan golongan miskin di bandar-bandar. Masing-masing mempunyai perbezaan yang ketara dari segi pendapatan dan taraf hidup, persekitaran dan kemudahan pembelajaran. Semua ini akan memberi kesan yang berbeza ke atas prestasi pelajar-pelajar.

Sekiranya pemberian bantuan dan biasiswa berasaskan merit semata-mata, maka sebilangan besar mereka yang berada di luar bandar, di pendalaman Sarawak dan Sabah serta golongan miskin di bandar-bandar akan terkeluar dari senarai mereka yang mendapat peluang biasiswa ini, kerana sering kali prestasi akademik kelompok ini relatif lebih rendah.

Wadah percaya sekiranya aspek-aspek ini tidak diberi perhatian, akan tercetus ketidakpuasan hati dan keresahan dalam masyarakat yang boleh bertukar menjadi konflik baru yang mengganggu kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Kerajaan juga seharusnya menghormati Fasal 153 (2), Perlembagaan Malaysia yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung bagi melindungi kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak termasuk soal yang berkaitan dengan biasiswa.

http://wadah.org.my/kenyataan-media/24-info-wadah.html

Muktamar Nasional WADAH

by Portal WADAH Kelantan | 11:28 PG in |

Alhamdulillah, Muktamar Nasional ke-3 WADAH telah selamat berlangsung pada 28 Jun 2009 yang lalu di Kolej Dar al Hikmah. Dato’ Dr Siddiq Fadhil, Presiden WADAH telah menyampaikan Amanat Pimpinan bertajuk “Menangani Politik Perubahan dan Perubahan Politik” yang akan menjadi panduan dalam gerakerja WADAH untuk tiga tahun akan datang.

Sempena dengan Muktamar ini juga sidang seminar telah turut diadakan. Empat pembentang kertaskerja telah membentangkan dua tajuk yang amat menarik perhatian Perwakilan dan Pemerhati Muktamar pada kali ini iaitu “Dakwah dan Cabaran Masakini" dibentangkan oleh Dr Muhammad Nur Manuty dan Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman. Kedua-dua mereka adalah mantan Presiden ABIM dan kini menjadi Pimpinan Kanan WADAH. Manakala Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dan Prof Madya Shaharuddin Badaruddin pula membentangkan kertaskerja bertajuk “Menangani Perubahan Politik”.

Muktamar pada kali ini adalah merupakan tahun pemilihan. Dato’ Dr Siddiq Fadzil telah sekali lagi dipilih untuk menerajui WADAH. Begitu juga dengan jawatan Setiausaha Agung kekal disandang oleh Haji Abdul Halim Ismail. Pemilihan pimpinan WADAH dibuat tiga tahun sekali.

Pimpinan Utama WADAH yang baru dilantik


Mesyuarat Ahli Majlis UNIW di Casabalanca

by Portal WADAH Kelantan | 11:26 PG in |


Pemimpin-peminpin NGO dari seluruh dunia yang hadir telah mengadakan beberapa pertemuan dengan NGO tempatan. Di samping itu mereka juga dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar Casablanca seperti Masjid Hassan II.

Memandangkan ini adalah kali pertama NGO dari Morocco iaitu Mehdi Ben Aboud Foundation terpilih menjadi tuan rumah kepada persidangan NGO-NGO Islam dari seluruh dunia, Penasihat kepada Raja Morocco, Prof. Dr. Abbas Jirani telah berbesar hati meraikan para ahli mesyuarat pada satu majlis di rumah tetamu kerajaan. Pada majlis ini beliau telah diberikan taklimat mengenai UNIW, peranan dan aktiviti yang telah dijalankan sejak penubuhan nya pada tahun 2005 di Istanbul.

Haji Ahmad Azam dan juga Haji Abdul Halim Ismail turut sempat membuat kunjungan hormat kepada Duta Malaysia di Morocco, TYT Dato' Othman Samin.

Haji Ahmad Azam bersama Duta Malaysia (2 dari kiri)

Pertahankan Institusi Ulamak.

by Portal WADAH Kelantan | 2:04 PTG in |


Ulamak selalunya disandarkan kepada orang alim atau orang yang pakar dalam bidang agama Islam, akan tetapi sebenarnya ulamak ini boleh juga di kaitkan dengan seseorang yang pakar dalam bidang “professional” tetapi menjurus kepada konsep atau kearah mendaulatkan Islam melalui kemahiran yang dimiliki.

Akhir-akhir ini institusi ulamak sudah luntur dari segi penghormatan mereka didalam masyarakat. Banyak isu-isu yang di putuskan oleh ulamak sudah berani dicabar atau ditakwil oleh pelbagai pihak seperti isu fatwa, dimana ulamak yang dikenali sebagai mufti telah bersidang untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan Aqidah umat Islam. Seperti isu fatwa mengharamkan rokok di Selangor dan fatwa mengharamkan gejala Pangkid dan meditasi Yoga.

Ulamak selalunya disandarkan kepada orang alim atau orang yang pakar dalam bidang agama Islam, akan tetapi sebenarnya ulamak ini boleh juga di kaitkan dengan seseorang yang pakar dalam bidang “professional” tetapi menjurus kepada konsep atau pun amal Islami.


Akhir-akhir ini institusi ulamak sudah luntur dari segi penghormatan mereka didalam masyarakat. Banyak isu-isu yang di putuskan oleh ulamak sudah berani dicabar atau ditakwil oleh pelbagai pihak seperti isu fatwa, dimana ulamak yang dikenali sebagai mufti telah bersidang untuk memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan keselamatan Aqidah umat Islam. Seperti isu fatwa mengharamkan rokok di Selangor dan fatwa mengharamkan gejala Pangkid dan meditasi Yoga.


Kita boleh melihat masyarakat Islam Malaysia bermula daripada anak-anak muda, ahli-ahli professional hinggalah kepada golongan VIP ini sanggup membuat demonstrasi bantahan supaya fatwa itu ditarik balik. Begitulah cabaran golongan ulamak sekarang dalam menghadapi kejahilan masyarakat, lebih teruk lagi apa bila golongan VIP yang berpengaruh dengan isltana telah menghasut institusi raja-raja untuk campurtangan didalam urusan cendikiawan-cendikiawan Islam ini.


Kejahilan masyarakat kita ( Malaysia) ini sudah parah kerana kuatnya gelombang hidorisme ataupun serangan pemikiran melalui hiburan yang melampau menjadikan anak-anak muda sudah tidak mempedulikan ajaran agama hanya kerana Islam menentang hiburan yang melampau ini.


Perana Ulamak ini sangat penting didalam masyarakat Islam kerana mereka inilah yang akan mendaji tempat rujukan kepada orang ramai sebagaimana Sabda nabi : “Ulamak Pewaris Kenabian”. Ini bukan bermaksud ulamak adalah nabi kerana Nabi Muhammad Rasulullah adalah penutup dan penghulu segala kenabian. Tetapi ulamak inilah yang akan meneruskan dakwah baginda dalam mempertahankan dan juga menyebarkan Islam.


Batapa hormatnya para ulamak atau candikiawan ini, mereka dilarang untuk ikut serta didalam peperangan kerana takut lupusnya orang-orang yang arif didalam sesuatu bidang dan peperangan juga wajib untuk orang-orang muda yang masih sihat dan cergas, bukan menggunakan peluang muda untuk berhibur atau “Enjoy”.


Begitujuga apabila Rasulullah memberitahu tentang-tentang tanda-tanda Kiamat antaranya ialah kurangnya Ulamak. Ini bukan beerti pada masa itu tiada langsung ulamak, tetapi allah menganggkat ilmu-ilmu dan juga martabat seseorang ulamak itu hanya tinggal ulamak-ulamak yang jahil.


Oleh itu marilah kita tingkatkan kesedaran akan penghormatan terhadap ilmuan-ilmuan Islam ini dan juga sentiasa bekerjasama dengan ulamak-ulamak ini agar masayarakat Islam akan terus terpelihara daripada segala penyakit hati dan juga gejala sosial.

Duniaku Bukuku: Kebangkitan Generasi Salahuddin

by Portal WADAH Kelantan | 1:51 PTG in |


Baru-baru ini, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.FM), telah mengadakan sessi rakaman slot "Duniaku Bukuku" yang membicarakan buku "Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Umat Islam".

Slot ini telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia. Ustaz Zamri Zainal Abidin dan perbincangan mengenai idea-idea utama yang diketengahkan menerusi buku ini telah diisi oleh Saudara Presiden, Tuan Haji Yusri Mohamad, serta Timbalan Presiden, Dr. Mohd Farid Shahran. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perjalanan sessi perbincangan ini, sila nantikannya menerusi slot "Duniaku Bukuku" terbitan IKIM.FM.